- Graduan yang hadir ke majlis konvokesyen hendaklah berpakaian kemas dan mematuhi peraturan berpakaian yang ditetapkan seperti berikut:
A. GRADUAN LELAKI
i. Lounge Suit:
• Kemeja lengan panjang dan bertali leher
• Seluar panjang berwarna gelap
• Kot (blazer) berwarna gelap
• Stoking dan kasut formal/bertutup berwarna gelap atau;
ii. Baju Melayu:
• Baju Melayu cekak musang berwarna hitam
• Bersamping
• Berbutang lengkap
• Stoking dan kasut formal/bertutup berwarna gelap dan;
iii. Set Pakaian Konvokesyen
a. Sarjana Muda/Diploma : Jubah dan Mortar Board
b. Doktor Falsafah/Sarjana : Jubah, Beef Eater/Mortar Board dan Hood
Perhatian :
– Graduan lelaki hendaklah memastikan rambut adalah pendek. Graduan lelaki yang berambut panjang boleh DIHALANG daripada memasuki dewan.
– Kasut sukan/sneakers adalah tidak dibenarkan.
B. GRADUAN WANITA
• Pakaian Kebangsaan yang sopan; atau
• Skirt labuh hingga ke buku lali (skirt pendek tidak dibenarkan) dan kemeja lengan panjang;
• Kasut formal/bertutup berwarna gelap dan ;
i. Set Pakaian Konvokesyen
a. Sarjana Muda/Diploma : Jubah dan Mortar Board
b. Doktor Falsafah/Sarjana : Jubah, Beef Eater/Mortar Board dan Hood
C. CONTOH PAKAIAN GRADUAN
